Saturday, December 8, 2012

bahagia itu pilihan

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

assalamualaikum :)

matahari dah memancar terang dari bilik saya ni. dan fikiran ni pon mula melayang memikirkan banyak benda.

...

aneh kan bahagia..
ada orang yang rumah kecik, tapi lena sungguh mereka tdoq beralaskan tikar semata.
ada yang bawak moto tapi masih tersenyum; walau terkadang panas mencengkam dada atau hujan mendakap diri.

ada yang makannya sederhana, tapi mungkin lebih bahagia dari mereka yang makan di hotel mewah.
ada yang tanah airnya dipijak, tapi masih syukur, masih bisa melaungkan kalimah Allahuakbar!



hmm.bahagiakah kita? bahagiakah saya?

perjalanan hidup yang ada naik turun ni buat saya lebih kenal erti bahagia. bahagia yang tak dapat nak didefine by means of harta. saya bahagia. alhamdulillah. walau terkadang terselit rasa duka di hati, tapi tak sepatutnya saya rasa cmtu kan, sebab Allah sentiasa di sisi saya. dan anda-anda semua.

yang kita ada sekarang adalah harapan kita. tak salah mengharapkan yang belum ada, tapi jangan lupa apa yang telah ada.
nikmat.sabar.syukur.bahagia.semuanya sangat sinonim.
bersyukurlah di atas nikmat. lihatlah hidup ini secara keseluruhan. dah banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, lebih dari harapan kita sebenarnya, sedar ataupun tidak. Allah bagi kita apa yang kita perlukan. bukan yang kita mahukan. kenapa? sebab Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang sebenarnya kita perlu. kan? *nanges*

'dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. dan manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)'
(14:34)




اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
Allahumma.nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur.
 

Ya Allah. bagi-Mu lah pujian dan bagi-Mu lah kesyukuran.

alhamdulillah.
buang segala duka.marilah memilih kebahagiaan.

till then.assalamualaikum.

p/s: jumaat depan kami exam block 3.2. cardio tuu.doakan kami. semoga di dalam kesibukan menimba ilmu ni tidak melalaikan kami dari mengingatiMu dan menjalankan tanggungjawab sebenar kami di bumiMu ya Allah. Allahummameen. :)

2 comments: