Wednesday, August 15, 2012

why does my heart keeps on pumping this fast? Am I in trouble or what.hmm.Allahurabbi.

sekejap

assalamualaikum.

ya allah.dah bersawang rupanya blog ni.huhu.
i've been busy lately, and because of that, surely there are lots and lots of stories to share. tapi tak berkesempatan pulak.insyaallah nanti saya akan cuba menghapdate sebelum makin banyak labah-labah datang memeriahkan blog ni.
sakit tekak ni masih ada lagi.cuaca kat kedah ni subhanallah, sangat different frm jogja.(panas,kulit bertambah merah,mula perasan nak jadik humaira) hee. tapi ni lah tarbiyah yang Allah bagi kat kami kan?

hmm.ramadhan dah hampir melabuhkan tirai.sedih.rasa belum cukup lagi, tapi insyaallah jom kita berusaha sehingga ke titisan terakhir.semoga ada keberkatan sampai di penghujung nanti.ameen.

p/s: saya tak lupakan awak semua.remember that ;)
      semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya.

Tuesday, August 7, 2012

pelbagai


assalamualaikum.

apa kabaq antum semua?

Hmm.dah hampir seminggu saya kat umah.seronok?tak perlu cakap pon mesti dah tau kan.huhu.
Semalam terawih dengan family. Walaupun tak lengkap semua tapi best sgt; ada abah,mak, and few others.xsabaq nak tunggu ika ngan kako balik.criusly.nak masak byk2 pastu paksa dowg makan.haha (gelak kejam)

So.almaklum bila jarang2 balik rumah banyaklah perubahan yang boleh dilihat, plus benda yang tak tahu jadik tahu. Contohnya semalam sibuk g umah saudara mara untuk jemput datang nikah akak nnt. And baru semalam saya berkesempatan bertemu dengan sorg moyang sedara; rumah taklah jauh sgt pon kat aloq setaq ja pon tapi tulah setelah dua puluh tahun hidup ni baru 1st time jumpa dia.umur nyang dah 80 tahun tapi still kuat; physically and mentally i guess.cumanya biasalah bila dah berumur, jalan pon jadik lambat sket.sembang punya sembang, nyang pon stat cita pasal anak2 die.and the part that I was really interested is...jeng3...bila nyang cakap anak die kawen time blajar kat England lagi yang berkemungkinan besar umurnya sebaya dgn saya.ohh.mata yang bulat dan bersinar-sinar ni terus pandang mak.cuba hantarkan signal telepati; tak tahulah mak faham or tidak. err.apekah?

 Okay.bukan itu yang saya nak highlightkan sebenarnya.daripada perjalanan semalam tu banyak kisah2 yang saya dengar,most of them buat saya terpikir dunia ni sangat tak adil. Ada yang menanggung derita bila suami paksa tandatangan surat untuk nikah lagi walaupun anak bini masih terabai, ada yang gelisah memikirkan nasib anaknya yang sudah 32 tahun tapi masih belum menikah, ada yang bersusah payah mencari rezeki untuk menampung kos perawatan kesihatan dan macam2 lagi. Yang pasti, semuanya adalah takdir Allah yang mahu menguji sekaligus meningkatkan darjat hamba-hambaNya yang beriman. Kalau kita memandang ujian dan musibah yang sedemikian susah dan perit dari sudut dunia, ya mungkin dapat kita simpulkan bahawa dunia ini sememangnya tidak adil. Namun, jangan alpa bahawa masih ada akhirat yang kekal abadi yakni syurga dan neraka yang mana bakal menjadi tempat tinggal tetap kepada makhluk ciptaanNya, dan di sana tiada satu makhluk pon yang dizalimi bahkan di kampung akhirat ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga). Kalau kita merasa dunia ini tidak adil, jangan bimbang kerana kita punya akhirat. Seperit atau sebahagia mana pon kita di dunia, sentiasa muhasabah yang semuanya hanya sementara.bertahanlah.akhirat pasti akan tiba.

Jom sama2 hayati dan amalkan hadis ni, mengambil dunia untuk keselamatan akhirat.

Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w memegang pundakku lalu bersabda, ‘Jadilah engkau di dunia laksana orang asing atau orang yang menyeberang jalan.Ibnu Umar r.a berkata, “Bila engkau berada di sore hari, maka jangan menunggu datangnya pagi; dan bila engkau di pagi hari maka jangan menunggu datangnya sore. Manfaatkan watku sihatmu sebelum sakitmu, dan waktu hidupmu sebelum matimu” ‘.
(H.R Bukhari)


 

Mari mantapkan mutabaah amal kita. ringankan diri ikhlaskan hati. semoga dapat menjadi bekal untuk akhirat kita. gambateh!

p/s: insyaallah esok bakal terbang ke kuala lumpur.jumpa kawan2.ya Allah.tak sabar.semoga..rindu sangat.
      semoga tidak sia-sia.
by the way, jemput datang ke kenduri nikah kako, insyaallah raya ke-6 kat rumah saya di kedah. kedatangan anda amat dialu-alukan.nak datang beraya pon bole. :)