Tuesday, October 23, 2012

Friday, October 19, 2012

short reminder#

assalamualaikum.

em.hari tu kan, time kat atas moto baru perasan yang minyak dah dekat end of  line merah tu. yes. the very end. and i was like ........$%#@&#  freaking out. sorgsorg. :0
tersangatlah risau takut-takut minyak habis tengah jalan, pastu tersadai sorg2 kat situ. Ya Rabb, kat dalam hati ni tak henti-henti doa supaya sempat sampai pertamina (stesen minyak). dan alhamdulillah yusuf and me managed to get there.safely ^^

em.masa atas moto jugak saya terfikir; macam ni ke perasaannya kalau bekalan kita tak cukup. hmm.maksud saya, bekalan untuk akhirat yang kekal abadi tu. Ya Allah. bertambah-tambah takut kot masa tu! bayangkan kat dunia ni pon dah gelabah semacam bila sedar bekalan minyak tu tak cukup, apatah lagi nak dibandingkan dengan bekalan for hari akhirat sana. naudzubillah. semoga kita tak termasuk dalam kalangan yang lalai dan rugi tu.

' telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat) '
(21:1)


gulp.



p/s : 
jom muhasabah balik amalan kita sehari-hari. semoga semuanya membawa kita ke syurgaNya :)  
to mimi ~ post muntahhijau kt tak dapat nak dipublish lg.takut semua org muntah and tak tenang jawab exam.hee.
em.sejuk kat tangan ni agak lama jugak la nak hilang. lub dub.

sekian.eh?
semoga bermanfaat.huu.
assalamualaikum.

Tuesday, October 9, 2012

ujian,prasangka pada Allah

assalamualaikum..

manusia diuji berdasarkan imannya.gulp.
berprasangka baiklah pada Allah dalam setiap kejadian dan keadaan kerana sesungguhnya Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ..........'
(2:286)

emm. nak share satu kisah yang bagi saya sangat best; moga bermanfaat untuk semua ^^

kisah ini berlaku pada masa 'Abbasiyah akhir, kisah seorang ayah dan anak yang mengimpikan syahid. Sang ayah adalah bekas budak, bekerja habis-habisan mengumpul dirham lalu meminta izin untuk menebus dirinya pada sang majikan.

"Allah 'Azza wa Jalla telah membeliku dari Anda, lalu Dia membebaskanku" -sang ayah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sang ayah bebas dan masih berbaki dirham untuknya memulai kehidupan barunya sebagai seorang yang merdeka.

'Aku tidak tahu wahai tuanku yang baik, apakah kebebasan ini rahmat ataukah musibah. Aku hanya berbaik sangka pada Allah'

Tahun demi tahun berlalu, sang ayah telah menikah namun isterinya meninggal dunia dan tinggallah sang ayah bersama putera yang dikasihinya. Dididik puteranya memahami agama dan menjalankan sunnah Nabi, juga untuk bersikap kesatria dan berjiwa merdeka.

"Ketahuilah nak, orang bebas yang paling merdeka adalah dia yang bisa memilih caranya untuk mati dan menghadap Illahi. Ketahuilah seorang yang syahid di jalan Allah itu hakikatnya tak pernah mati. Saat terbunuh, dia akan disambut oleh tujuh puluh bidadari. Ruhnya menanti kiamat dengan terbang ke sana-ke mari dalam tubuh burung hijau di taman syurga, dan diizinkan baginya memberi pertolongan bagi keluarganya. Mari kita rebut kehormatan itu nak, dengan berjihad lalu syahid di jalan-Nya"

Jadi..dengan semua harta yang ada, sang ayah dan anak membeli seekor kuda perang berwarna hitam (digambarkan dengan sangat woweeeee hebatnya) sebagai langkah pertama jihad mereka dan menghantar mereka kepada kesyahidan yang diimpikan. Sesampai di rumah, tetangga2 datang lantas mengagumi kegagahan dan kewowan kuda tersebut. Mereka bertanya berapa yang dihabiskan untuk membeli kuda tersebut. Anak beranak itu tersenyum simpul. Itu simpanan yang dikumpulkan seumur hidup! Lantas kekaguman tetangga mereka sebentar tadi berubah menjadi cemuhan.

Ujar sang ayah dan anak ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Sepekan berlalu. (taktahulah selama mana tu.hee) Kuda hitam gagah tersebut tadi hilang! Kuda yang dijaga rapi penuh cinta. Kuda yang hadir bersama-sama menanti panggilan Allah ke panggilan jihad untuk menjemput takdir terindah mereka. Berduyunlah tetangga datang mengucapkan takziah, bersimpati pada cita-cita tinggi anak-beranak tersebut.

"Kalian memang tidak beruntung. Kuda itu hanya hadir sejenak untuk memuaskan ambisi (baca=cita2) kalian, lalu Allah membebaskannya dan mengandaskan cita2 kalian"

Tersenyum, sang ayah dan anak lantas mengucapkan ;
'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Pokoknya, mereka pasrah. Dengan atau tanpa kuda, jika panggilan Allah datang mereka harus menyambutnya. Kembalilah mereke bekerja tekun seakan tak terjadi apapun. Biidznillah, tiga hari kemudian kuda mereka pulang; bersamanya terdapat belasan lagi kuda lain. Sekali lagi, tetangga2 datang dengan takjub.

"Luar biasa! Kuda itu pergi untuk memanggil kawan-kawannya dan kini kembali membawa mereka menggabungkan diri. Kalian sekarang kaya raya!"

Si pemilik hanya tersenyum ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Hari berikutnya dengan bahagia sang anak mencuba menaiki salah satu kuda tesebut. Ditakdirkan Allah kuda itu terkejut ketika terserempak dengan seekor lembu yang lepas dari kandang di persimpangan lalu meronta keras, dan sang anak terjatuh. kakinya patah.
Para tetangga datang menjenguk, menatap sang anak dengan pandangan penuh hiba.

"Ternyata kuda itu tidak membawa berkah. Mereka datang membawa musibah. Alangkah lebih beruntung yang tak memiliki kuda, namun anaknya sihat sentiasa"

Tuan rumah tersenyum lagi; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Hari berikutnya, hulubalang raja berkeliling negeri; mengumumkan pengerahan pasukan untuk menghadapi tentera musuh yang menyerang perbatasan.Sayang, perang ini sulit untuk dikatakan jihad di jalan Allah kerana musuh yang hendak dihadapi adalah sesama Muslim. Hanya berbeza kesultanan. Semua pemuda yang sihat jasmani dan rohani wajib bergabung untuk mempertahankan negeri. dan sang anak jelas sekali tidak memenuhi syarat tersebut.

Dan hari itu, para tetangga yang ditinggal putera2 menjadi parajurit mendatangi si pemilik kuda ;
".......... Puteramu masih tetap bisa di rumah kerana kakinya patah. Kalian begitu beruntung! Allah menyayangi kalian"

Ucapan mereka kembali bergema ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Sebulan kemudian, kota itu dipenuhi ratapan para ibu, isak tangis para isteri. Semua pemuda perang telah tewas di medan tempur. Tetapi para warga telah banyak belajar dari sang ayah dan anak pemilik kuda. Seluruh penduduk kota kini menggumankan kalimat indah itu ; 'Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik pada Allah'

..... 
Tak berapa lama kemudian, panggilan jihad yang sebenarnya bergema. Pasukan Monggol pimpinan Hulagu Khan datang  menyebu wilayah Islam. sang ayah dan anak menyongsong janjinya. Mereka bergegas menyambut panggilan dengan kalimat agungnya ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'




subhanallah. sangat kagum dengan sang ayah dan anak ni. prasangka baik mereka pada Allah last like... forever! Semua benda yang berlaku pada kita dari dulu sampai sekarang, kita tak tahu samada itu adalah baik atau buruk. Yang pasti, semua tu adalah takdir Allah yang terbaik untuk kita ; dan setiap satu tu adalah tarbiyah Allah untuk menjadikan kita makhluk yang lebih bersyukur, lebih sedar tujuan kita diciptakan kat dunia ni.
dan tanpa sedar, sebenarnya berjuta kebaikan mengiringi prasangka baik kita pada yang Maha Pencipta. Dia setia bersama kita, melimpahkan rahmat dan kebaikan, kerana kita mengingatNya dengan sangkaan kebaikan.

Hopefully nyambung la kan kisah ni dengan main point saya. em.insyaallah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Yakinlah pada Allah dengan sebenar-sebenarnya.

'Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (al-Quran) itu hanya akan menambah kerugian'
(17:82)



 p/s : sang anak tadi ialah Al-Manshur Saifuddin Qalawun. bolelah tanya pakcik google kalau nak tahu lebih lagi pasal beliau. dan kisah ni saya ambik dari satu bab dalam buku 'Dalam Dakapan Ukhuwah' dri author fav. saya.hee. banyak lagi cerita best dalam buku ni tahu. bacalah nanti; nk pinjam pon bole :)
pastu.emm.saya pon taktahu betul or tak apa yang saya dah buat, hopefully it will leads to something good. ameen.doakan. ^^ 

till then.
assalamualaikum.

Sunday, October 7, 2012

Saturday, October 6, 2012

...

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

kadangkala ku rasakan dosa
apakan daya nafsu merasuk dada
terus tenggelam bagai perenang buta
bagaikan iman sudah tiada
hati yang sakit
tiada sedar
yang 'biasa' atau 'luar biasa'
hanyut dalam buih-buih noda

mencari-cari sebenarnya diri
kadang semangat, sering juga terlali
sungguh terpengaruh syurga duniawi
resah di hati siapa yang peduli ?

mengapa mesti begini?
...........

lantas,
saat diri masih menyedari
yakini hati beranikan diri
perubahan bukan hanya sehari
ikhlas dan istiqamah itu yang dicari
ayuh laju! majukan diri
terus berlari tiada henti
iringi doa setiap hari
moga nanti beroleh yang dihajati

sedar sudah berusaha tidak?


'kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(16:119)




plaza ambarrukmo,5.52 p.m

Thursday, October 4, 2012

assalamualaikum :) :) :)

hee.ce teka kenapa saya happy sangat hari ni?
mestilah sebab bday saya kan.hehe.

hmm.semalam kuar makan dengan bestiesss saya. kira macam untuk celebrate bday ktwg la. bday sarah bulan 9 haritu. ummi pulak 2 days older than me. tak sangka kan?excited ktwg tahu. paling semangat ummi la, siap masak macam-macam. nyumnyum pulak tu. ^^

em. sedar ataupun tak, masa cepat ja berlalu meninggalkan kita kan. apa-apa pon banyak benda yang masih perlu dimuhasabahkan, diperelokkan dan dipolish. hmm. selalu bila bday orang, saya mesti cakap 'semoga dengan bertambah usia ni,bertambah jugak iman dan amal kita kepada-Nya'. dan hari ni saya dedicatekan quote tu special ntok diri sendiri. ?#$%&

em. sebelum ni saya macam ada mind set yang kalau time bday, saya mesti nak have fun, hang out lalalala  macam tu tapi sekarang ni perasaan macam tu dah takda. (tipu sangat! at least kurang la kot.hehe. mungkin sebab environment kat sini or it is me that already matured? errrrrr..

jadi.apa saja tentatif saya harini?
start dari bangun tido tgk mesej dan miscall yang agak bertimbun, timbul rasa bersalah yang menebal di hati sebab tak dapat nak reply balik semua tu. penat sangat kot semalam sampai tak sedar kapan tertidur. maaflah ye.sobs.pastu jadik cinderella kejap. sapu itu, mop ini, basuh sana, lap sini dan seterusnya......... then, ada sesi shooting untuk majlis hari raya nanti.wahhh. tak berbakat pon, setakat bawak moto ngan p pasaq okay la kan. right after that, g carik barang untuk lucky draw hari raya nanti. alkisah jalan punya jalan dapatlah benda-benda yang dicari. alhamdulillah tak over budget. the best thing is, we got a stand fan for the main prize! ^^ penat tahu membudgetkan budget. lepas settle belibelah tu terus balik raudhah. kat sinilah profession saya bertukar jadik makcik pembalut hadiah.huhu.terserlah kekreatifan yang tak seberapa ni. dan sekarang, dengan perut yang sangat berdondang sayang saya menulis post ni.
 tapi bila difikirkan balik, apalah saya nak dibandingkan dengan para sahabat dan Rasulullah sendiri yang jauh lebih lama dan sering berlapar dari saya kan. *spontaneous thought*

 * ON mode muhasabah diri*

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. 

tunduk kepada lap air mata.sobs.

hmm.rasa macam dah banyak merepek dah ni. maaflah ye. cuma sangat kuat perasaan untuk kongsi apa yang saya rasa sekarang. yang penting, anda semua buanglah yang keruh, ambik yang jernih okie ? pokoknya kat sini, untuk pertama kali sepanjang bday dalam hidup saya, saya rasa bermanfaat untuk orang lain. dan itu adalah harapan saya.  bermanfaat kepada orang lain though mungkin benda tu  kelihatan sepele (baca:kecik/remeh) .wah. kembangkempis hati ni macam dalam hati ada taman. ehh.bukanbukan. dalam hati ada iman :)

okayla.baik saya stop sebelum saya merepek bukanbukan lagi. saya doakan anda semua pon dapat buat yang terbaik dalam hidup anda tak kisahla time bday or bila-bila pon. ameen.
assalamualaikum.


eh.japjap.sebelum tu....hehe; saya dapat bunga tahu. one frm sarah and the other frm ummi. dapat jam loceng jugak.dah lama saya mengidam tahu! alhamdulillah :)









byebye ^^



p/s: rasa macam tak nyambung ja post ni.hmm.kena berusaha keras lagi lepas ni.