Saturday, July 28, 2012

assalamualaikum.

baru balik dari practice osce kat rumah jiran sebelah :)
alhamdulillah. walaupun diri ni rasa sangat kerdil dan masih banyak ilmu-ilmu yang perlu dikhatam, tapi sangat bersyukur sebab dapat jugak memenuhkan imlu di dada yang serba-serbi sempit dan semput ni. err.apekah?

dah start selsema, malaise ( mungkin symptom2 osce dah muncul tak pon saya tersangatlah penat belakangan ni.hmm.

doakan kejayaan saya dan kawan2 untuk osce isnin ni. semoga kami dapat buat yang terbaik dan semoga semua urusan dipermudahkan. ameen.

maaf untuk entry yang mungkin hanya berbaur curhat semata tapi apakan daya.sigh.

insyaallah, after osce i will be back.
till then.assalamualaikum.

notakaki: ah loyy da balik raudhah. :)

Monday, July 23, 2012

for you

assalamualaikum.


This post is dedicated specially for you, yet for me, for everybody :)

I don’t how to start actually so let just go through it, okay ?
lemmi start with ayat-ayat Allah ; the one that we should aware of.


‘And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient’
‘ dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepaa orang-orang yang sabar’
(2:155)

*blurrr kejap*

Okay.tenang.tarik nafas.

Allah sudah menyatakan dengan izharnya bahawa kita pasti akan diuji, dan ujian tu datang dengan pelbagai bentuk, untuk pelbagai orang, yakni makhluk-maklukNya. dan ujian itu dihantarkan bukan untuk menzalimi, malah untuk meneguhkan hati hamba-hambaNya.insyaallah.

Time kelas agama prof yg ada secretary kat seblah ritu ada share, die cakap ujian untuk setiap orang berbeza-beza, dan ujian tu ikut level masing-masing. Macam, kalau time kita sekolah rendah, soalan exam kita semua pasal benda yang kita blaja masa budak2 la kan, then bila dah masuk U, soalan tu berubah jadik susah sket, ikut apa yang kita blaja jugak. And same goes to ujian yang Allah hantarkan kat kita. Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Believe me, you can go through it ! berdoalah supaya Allah menguatkan dan meneguhkan hati dalam menghadapi ujian tersebut. Ameen.

Hmm.senang je kan nak cakap. Awak tak lalui apa yang saya rasa sekarang ni.

dulu. saya selalu merungut. Haa.cmtulah lebih kurang ayatnya. Astagfirullah. Tapi ternyata saya salah. Sebab apa? Sebab setiap orang takkan terlepas dari ujian Allah dan orang yang menasihati saya tu mungkin ujiannya lebih dasyat kalau nak dibandingkan dengan saya. Siapa tahu ? Husnudzonlah dengan mereka. Mungkin dengan saya jugak.heeee.

Allah hantarkan ujian kat kita sebab mungkin Dia rindu nak dengar suara kita, rindu sujud kita yang tulus mengharap pertolonganNya, rindu nak bertemu di tahajjud kita dan mungkin jugak rindu nak dengar suara rintihan kita. Jom kita cek balik. Bila last time kita bertahajjud? Bila kali terakhir kita menangis, mendambakan ampunan dan kasih dariNya yang Maha Pengampun, Maha Penyayang ? gulp.

Bergembiralah dengan ujian yang kita dapat, bukan untuk suka-suki punya gembira, tapi gembiranya kita kerana kita tahu masih ada Dia yang ingat akan kita, yang masih recognise kita, masih melihat kita, dan masih membuka ruang untuk kita sedar dari mimpi kita yang panjang, dan masih setia menunggu kita untuk kembali kepadaNya. Subhanallah.



'Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabat dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar'
(2:153)


‘So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me’


‘Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku’
(2:152)


And so, be thankful. Be grateful. Of everything that happens to us, whether it is good, or bad.and. don't give up.






Kita tak tahu sama ada setiap yang berlaku kat kita sekarang ni baik ataupun tidak sebab kita tak tahu what will happen in the future. Kerana, yang kita rasa baik untuk kita, hakikatnya mungin tidak dan begitu juga sebaliknya.

so......



Saya tak tahu sama ada ini nikmat atau musibah, tapi saya bersangka baik pada Allah :)


Whenever you feel sad, worried, distress, confuse; just close your eyes and say,
O Allah, I love you. I know it is Your plan, and I put my complete trust in You. You are always with me, and I will succeed because I have supplicated to you. Please protect and bless me. Ameen.



p/s : ni post yang memang express habes. i wrote this just before i went to somewhere for good. Tapi malangnya teksi dah sampai dan terpaksa menunda hasrat yg membuak2 utk post.sobs. dan sekarang, i am home! after settlekan diri kejap, terus bukak lappy and wrote this J
mungkin dah expired, tapi tak kira.nak post jugak. Hope it helps.