Friday, September 28, 2012

assalamualaikum :)

weekend datang lagi.......cepat sungguh masa berjalan. em. flashbacking minggu lepas punya program, sekarang ni rasanya macam tengah kecoh pasal MSK (majlis suai kenal) dengan junior2 .cewahhh.sekarang dah jadik senior.hmm..senior la sangat kan. jadi masa MSK tu saya kat bawah biro modul. kerja saya taklah banyak dan berat sangat pon kalau nak dibandingkan dengan yang lain2, tapi bahang2 kebzan tu ada la jugak.hehe.

so here are some of the moments that i'd captured.


nilah attribute dowg. menarik kan ? attribute ni dibuat dari barang2 recycle dan dowg kena pakai sepanjang MSK tu berlangsung.

rasanya ni time main game evolution something. semua org nampak kecoh kan.

ha...yang berbaju hitam dan nmpk mcm crius berbincang tu biro protokol. scary tahu!

err..

 senior-junior

tekunnya dowg discuss...

yang ni comel kan ?

suka gamba ni :)

tadaaaa..... hehe. sibuk snap gamba org jadi nilah saya pada hari tersebut ^^
btw, comel tak nametag tu? *winkwink*
 



tahun ni badge ktwg banyak handle program which means banyak benda yang bakal ktwg belajar dan improvekan. sama macam MSK nih. mungkin ada certain part yang memang out of control tapi selagi mana kita mampu elakkan atau kawal,cubalah. tak berjaya bukan bererti kalah. hardwork is the one been counted. sama macam semua benda yang kita buat sehari-hari. redha Dia yang kita cari, kan?

pengalaman memang mematangkan kita ; dengan syarat kita sedar dan fikir apa yang dah jadi tu. dan dari situ kita belajar improvekan diri. insyaAllah.

till then.
rasa macam bakal menaip lagi kejap lagi.hehe.
assalamualaikum.

p/s : baru mendapat satu berita or shall i say satu tanggungjawab ? Ya Rabb, saya takut.saya keliru. doakan yang terbaik buat saya;dunia dan akhirat.awak semua jugak :)

 

Saturday, September 22, 2012

random


assalamualaikum.

em.apa khabar semua? :)

sekarang ni saya agak bz especially hari ni. kejap lagi ada lecture, pastu tutorial, pastu jumpa dr. tesis, then supposely turn masak hari ni (tapi da mintak abel gantikan.hee) pastu masa berbulatan gumbira dan yang paling pasti is siapkan kerja ntok MSK hujung minggu ni. pretty excited with that (MSK thingy), i love my job ya noe.hehe.tak tahulah hasilnya mcm mana but hopefully everyone will love it.

so dunya,right? *lap peluh*

ha..kat sinilah kita kena implementkan 'kaca mata' Islam kita. Islam bukanlah hanya pada waktu kita solat, waktu kita menjejakkan kaki ke masjid, waktu kita bersedekah, waktu kita dengar lagu nasyid...err.apekah?hoho....ISLAM is beyond that right.

sama macam jihad.

jihad bukanlah hanya berpusat kepada  perang atau yang bersamaan dengannya. hmm.jom kita cek harta karun kita :)

'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar'
(3:142)

pastu jom tengok notakaki kat bawah tu..........,

jihad dapat bererti ; berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang Islam, memerangi hawa nafsu, mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam , membanteras kejahatan dan menegakkan kebenaran.

hmm.bayangkan kalau jihad yang difahami hanyalah perang semata. mungkin MAS or airsia boleh tutup kedai kot sebab tiket ntok ke palestin, syria semua sold out kan. ?

jadi bergembiralah.OR...should i say beware..?sebab jihad itu datang dengan pelbagai bentuk dan cara. mungkin sekarang kita belum memasuki fasa jihad yang memerlukan kita untuk berperang bagi menegakkan dan melindungi Islam itu sendiri tapi hakikatnya jihad melawan nafsu (mujahadah) tu paling tidak mesti  kita kena, wajib dan dah lalui kan?


mujahadah memerlukan pengorbanan yang sangat besar dari diri kita. Dan time framenya bukanlah sekadar sehari atau seminggu dua, tapi sehingga nafas terakhir kita. Juga, mujahadah datang bersama istiqamah. 


dalam kehidupan seharian kita, mungkin masih tersisa saki-baki 'berhala' atau jahiliyah yang sampai sekarang masih menghantui dan mengaburi hidup kita. dan di sinilah sepatutnya episod mujahadah itu bermula. bukan senang nak buang benda-benda yang 'best' tu dari hidup kita, tambah2 kalau memang dah jadi 'darah daging' kan. tapi kalau kita tak cuba, sampai bila pon kita takkan dapat   hasilnya. kan?





'Neraka itu dipagari dengan kesenangan-kesenangan dan syurga itu dipagari dengan hal-hal yang tidak menyenangkan (nafsu)'
(HR Bukhari -Muslim)


em.peringatan ni saya dedicate special untuk diri sendiri dan anda semua.





p/s: ini entry yang sudah berjanggut jadi maaflah.
luruskan niat, mari bermujahadah :)

assalamualaikum.