Friday, March 15, 2013

dear iman;

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

assalamualaikum.

sejak beberapa menjak ni, saya sering didatangi dengan surah al-hujurat; surah ke 49 yang bermaksud kamar-kamar. bermula dengan bulatan gembira sehingga ke family day 'kami' malah saat sharing pon! surah yang banyak berkisar tentang adab-adab ni sememangnya banyak menyentuh hati saya. yelah, daripada adab-adab itu, apabila ditajdidkan dengan perbuatan kita maka terbentuklah akhlak kita kan? banyak sungguh yang Allah nak didik saya sebab setiap kali sharing tu, setiap kali tu jugak perasaan yang berlainan yang saya rasakan. mesti anda-anda semua pon pernah merasakan perasaan yang sama kan. macam bila kita baca n tadabbur al quran eventhough dah ratusan kali ayat tu kita baca, tapi feeling setiap dari masa yang berlainan tu lain kan? macam...ada ja yang tersentuh. hmm.mind the ayat yang agak ke laut.camnilah jadinya bila dah lama tak mencoret.

so back to the point,

'dan ketahuilah bahawa di tengah-tengah kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti (kemahuan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapatkan kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.'
(49:7)

em.kalau masa zaman sahabat-sahabat dulu, mereka ada Rasulullah di tengah-tengah mereka. bestnya dapat hidup bersama dengan kekasih-Nya, dapat sama-sama membanting segenap tulang dan tenaga untuk menaikkan Islam, membuang karat-karat jahiliyah  di segenap sosok, membimbing manusia ke jalan yang lurus, kepada-Nya. subhanallah .then kalau macam tu, zaman kita sekarang siapa kat tengah-tengah kita?
jeng krengg.errr.

hmm.jangan panik dulu. kita kan ada al-Quran, ada sunnah Rasulullah yang sampai sekarang menjadi panduan tegar untuk kita. Rasulullah walaupun jasadnya tiada, tapi ruhnya masih bersama kita. buktinya, dakwah yang dibawa masih sampai kepada kita sekarang. jadi tiada alasan kepada kita untuk tidak menjadi seorang muslim yang sebenar-sebenarnya. aslim taslam -Islamlah, maka selamatlah kamu. beruntunglah kita apabila Allah memberikan rasa cinta kepada iman dan menjadikan iman itu indah dalam hati, kerana hati adalah raja bagi diri kita. seperti dalam sebuah hadis qudsi; sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal dagimg itu adalah hati. serius, beruntung sungguh empunya diri yang dipilih oleh Allah menerima nikmat tersebut. dengan iman maka akan terhasillah amal kita. amal soleh adalah buah daripada iman. dan daripada amal itulah kita akan dipertanggungjawabkan kelak. pada hari tiada lagi sahabat baik, hari yang mana semua sosok akan sibuk dengan urusan masing-masing. apa kita nak jawab dengan Allah nanti? adakah amal yang kita lakukan sehingga saat ini dapat membawa kita ke syurga-Nya? atau malah menolak ke neraka-Nya? naudzubillah. T.T

kerana itu, pentingnya untuk  kita bermuhasabah diri. kita tak tahu amalan mana yang kita buat yang Allah terima, yang Allah redha. sedar atau tidak setiap perbuatan kita dinilai. dari yang sekecil-sekecil hingga sebesarnya.

mohle kita sama-sama bersabar dalam ketaatan.


frm google


frm google






semoga Allah redha.

malam.
assalamualaikum.