Saturday, September 22, 2012

random


assalamualaikum.

em.apa khabar semua? :)

sekarang ni saya agak bz especially hari ni. kejap lagi ada lecture, pastu tutorial, pastu jumpa dr. tesis, then supposely turn masak hari ni (tapi da mintak abel gantikan.hee) pastu masa berbulatan gumbira dan yang paling pasti is siapkan kerja ntok MSK hujung minggu ni. pretty excited with that (MSK thingy), i love my job ya noe.hehe.tak tahulah hasilnya mcm mana but hopefully everyone will love it.

so dunya,right? *lap peluh*

ha..kat sinilah kita kena implementkan 'kaca mata' Islam kita. Islam bukanlah hanya pada waktu kita solat, waktu kita menjejakkan kaki ke masjid, waktu kita bersedekah, waktu kita dengar lagu nasyid...err.apekah?hoho....ISLAM is beyond that right.

sama macam jihad.

jihad bukanlah hanya berpusat kepada  perang atau yang bersamaan dengannya. hmm.jom kita cek harta karun kita :)

'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar'
(3:142)

pastu jom tengok notakaki kat bawah tu..........,

jihad dapat bererti ; berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang Islam, memerangi hawa nafsu, mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam , membanteras kejahatan dan menegakkan kebenaran.

hmm.bayangkan kalau jihad yang difahami hanyalah perang semata. mungkin MAS or airsia boleh tutup kedai kot sebab tiket ntok ke palestin, syria semua sold out kan. ?

jadi bergembiralah.OR...should i say beware..?sebab jihad itu datang dengan pelbagai bentuk dan cara. mungkin sekarang kita belum memasuki fasa jihad yang memerlukan kita untuk berperang bagi menegakkan dan melindungi Islam itu sendiri tapi hakikatnya jihad melawan nafsu (mujahadah) tu paling tidak mesti  kita kena, wajib dan dah lalui kan?


mujahadah memerlukan pengorbanan yang sangat besar dari diri kita. Dan time framenya bukanlah sekadar sehari atau seminggu dua, tapi sehingga nafas terakhir kita. Juga, mujahadah datang bersama istiqamah. 


dalam kehidupan seharian kita, mungkin masih tersisa saki-baki 'berhala' atau jahiliyah yang sampai sekarang masih menghantui dan mengaburi hidup kita. dan di sinilah sepatutnya episod mujahadah itu bermula. bukan senang nak buang benda-benda yang 'best' tu dari hidup kita, tambah2 kalau memang dah jadi 'darah daging' kan. tapi kalau kita tak cuba, sampai bila pon kita takkan dapat   hasilnya. kan?





'Neraka itu dipagari dengan kesenangan-kesenangan dan syurga itu dipagari dengan hal-hal yang tidak menyenangkan (nafsu)'
(HR Bukhari -Muslim)


em.peringatan ni saya dedicate special untuk diri sendiri dan anda semua.





p/s: ini entry yang sudah berjanggut jadi maaflah.
luruskan niat, mari bermujahadah :)

assalamualaikum.

2 comments:

  1. bukan best pon, kena perli lagi, tapi susah nak buang, ape kan daya :/

    ReplyDelete
  2. hmm.hmm.mungkin kena usaha lebih lagi?mungkin tak dapat nak buang dalam masa terdekat tp insyaallah dengan usaha plus doa,tak mustahil akan berjaya kan.
    same goes here cuma takdalah kena perli,sendiri tahu kan masalah msg2.tapi sy slalu ingatkan diri yang Allah takkan menzalimi hambaNya.mungkin masih ada sesuatu yang terkurang dalam usaha or diri kita yang perlu diperbaiki lg.yang penting jangan give up and banyakkan berdoa.

    hmm.da macam cg motivasi pilak.pokoknya msj ni ditujukan utk diri sendiri jugak.hopefully nnt dapat capai apa yang kita nak.berusaha! ;)

    ReplyDelete