Saturday, October 6, 2012

...

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

kadangkala ku rasakan dosa
apakan daya nafsu merasuk dada
terus tenggelam bagai perenang buta
bagaikan iman sudah tiada
hati yang sakit
tiada sedar
yang 'biasa' atau 'luar biasa'
hanyut dalam buih-buih noda

mencari-cari sebenarnya diri
kadang semangat, sering juga terlali
sungguh terpengaruh syurga duniawi
resah di hati siapa yang peduli ?

mengapa mesti begini?
...........

lantas,
saat diri masih menyedari
yakini hati beranikan diri
perubahan bukan hanya sehari
ikhlas dan istiqamah itu yang dicari
ayuh laju! majukan diri
terus berlari tiada henti
iringi doa setiap hari
moga nanti beroleh yang dihajati

sedar sudah berusaha tidak?


'kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(16:119)




plaza ambarrukmo,5.52 p.m

2 comments:

  1. admiring your writing skills..~
    suka lah.
    pandainya awk buat sajak. sy suka lah.. ihiee =D

    ReplyDelete