Friday, September 5, 2014

waktu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Apa kabar antum semua? Semoga sentiasa di dalam lindungan dan keredhaan-Nya. :)

Seminggu ni diuji dengan nikmat kelapangan. Kelapangan menunggu dosen (baca=lecturer) mempostpone lectures/ skills lab atas sebab yang munasabah insyaAllah. Kelapangan untuk menunggu panggilan2 di LINE yg menyatakan ada autopsy sekarang and kena dtg dlm masa 30 minit kurang. Macam-macam kan. Kadang-kadang teruji kesabaran dan keikhlasan untuk menimba ilmu-Nya ni. Ternyata, masih ada banyak sebab untuk memuhasabah diri, memperbaiki iman yang rapuh tanpa sedari. Allah. T.T

'Sebaik-baik waktu adalah ketika anda menyedari kefakiran dan mengakui kehinaan anda'

Sebenarnya, ketika kita lalai mengingat-Nya maka itu ialah waktu terburuk yang pernah kita miliki. Janganlah kita terlalu bergembira ketika mendapatkan suatu kenikmatan, dan jangan pula bersedih ketika ditimpa suatu bencana.
Bersederhana, dan berbahagialah.
kerana
bahagia itu sederhana :)


Thursday, January 2, 2014

new year revolution. what say you ?


bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum,







let us see the world in a bigger picture.
think high, aim higher.

wallahu a'lam.




Saturday, December 14, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Sahabat,
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya,
Dari usaha yang sepertinya sia-sia,
Allah swt tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Sahabat,
Ketika engkau sudah menangis sekian lama,
dan hatimu masih terasa perih,
Allah swt sudah menghitung air matamu.

Sahabat,
Jika kau pikir hidupmu sedang menunggu sesuatu,
Dan waktu terasa berlalu begitu sahaja,
Allah swt sedang menunggu bersama denganmu.

Sahabat,
Ketika kau merasa sendirian,
Dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefonmu,
Allah swt selalu berada di sampingmu.

Sahabat,
Ketika kau pikir bahawa kau telah mencuba segalanya
Dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
Allah swt punya jawapannya.

Sahabat,
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal,
Dan kau merasa tertekan,
Allah swt dapat menenangkanmu.

Sahabat,
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Allah swt sedang berbisik kepadamu.

Sahabat,
Ketika segala sesuatu berjalan lancar,
Dan engkau merasa ingin mengucap syukur,
Allah swt telah memberkatimu.

Sahabat,
Ketika sesuatu yang indah terjadi,
Dan engkau dipenuhi ketakjuban,
Allah swt telah tersenyum kepadamu.

Sahabat,
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi,
dan mimpi untuk digenapi,
Allah swt sudah membuka matamu
Dan memanggilmu dengan namamu,

Sahabat,
Ingatlah bahawa di mana pun atau kemana pun engkau menghadap,
Allah swt tahu.

Sahabat,
Kini apalagi yang kau risaukan,
Apalahi yang kau gundahkan,
Tersenyumlah.

Kehidupan dapat memberikan ratusan alasan untuk marah, kecewa, dan menangis. Tetapi keyakinan akan kehadiran Allah di sisi, di hati, di tiap detak jantung, tiap hembusan nafas, tiap derap langkah, menjadikan hidup ini begitu bermakna, indah, menyenangkan, dan ada berjuta alasan untuk selalu tersenyum. Maka senyumlah, selamat menabung amal terbaik. Biidznillah.







daripada,
hamba Allah.

Friday, October 4, 2013

hijrah atau kalah #1

assalamualaikum.

A good teaser i guess :)
 





p/s: smoga diberi kekuatan untuk menyambung tulisan2 nanti.till then.

Friday, April 12, 2013

short# fighting temptations.

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum.

' In any situations, remind yourself of Allah. That is the way out of sin. '

This video basically tells us everything about it. :)
 


.....

Whenever we are dealing with difficulity,
1. seek strength from Allah s.w.t.
2. get out of the situation.

goodluck then.
hope this helps.

footnote: you. yes you. keep on fighting!
              am waiting.

Sunday, April 7, 2013

maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kamu dustakan?


dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

assalamualaikum.

hmm.pernah terlintas tak kat hati anda-anda semua di mana 'logam' kita sebenarnya ?

I did.

and once I ended up feeling bad to myself.

Ini sangatlah complicated; untuk org2 yang suka pikir yang berlebihan seperti saya ni. (the unnecessary things I mean) dan saya beri amaran awal2 tau, tolonglah jangan down sebab macam ni. I mean, come on...everyone has their own speciality right?

Emm.mungkin someone tu Allah dah lebihkan die pada cara dia berbicara, yang mana memang komfem mad'u2 tak pon sesiapa saja yang mendengarnya mesti basah.lebur.hujan.semua la. dan mungkin ada yang Allah beri kelebihan pandai masak so that nanti dapat gemukkan zaujnya.eh? =.=

Sepanjang bergelumang dalam DnT ni, serius pelbagai sosok saya dah jumpa dan setiap dari mereka memang ada kelebihan yang tersendiri. yang unik. yang Allah berikan kepada mereka dan in turns, mereke gunakan sebaiknya untuk keperluan di jalan-Nya. ada yang hatinya sangat basah,seperti mana basahnya dan syumulnya celupan sekeping kain di dalam baldi yg berisi nila. setiap sisi dan sudut pasti disibgahkan (baca=celup) dengan nila tu. bukan macam oreo tu, celup jugak tapi tak melekat sepenuhnya pon. kemainnn perumpamaan. pastu, ada jugak yang Allah ringankan tulang  untuk volunteer buat apa sahaja especially yang dapat ringankan beban akhowats terchenta, walaupun sebenarnya dia juga masih punya banyak tanggungjawab yang harus dipikirkan. dan tak ketinggalan untuk yang sentiasa berlumba-lumba dan bersegera dalam melakukan amal kebaikan atau bahasa arabnya, fastabiqul khairat.

...... Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(2:148) 

Sebenarnya tak perlu pon pikir atau tengok jauh-jauh, pada penciptaan diri kita sendiri dah terzahir banyak nikmat Allah, yang tak dapat nak dibandingkan dengan orang lain. Pertama-tama sekali ialah nikmat Islam dan iman tu sendiri. Islam ialah tiket untuk kita masuk ke syurga-Nya, wadah untuk kita menggapai cita-cita tertinggi kita iaitu bertemu dengan Sang Pencipta kita nanti. Allah. :') 
Islam yang bagaimana, insyaAllah masing-masing dari kita bole pikir kot. Islam yang kaffah, bukan Islam yang diambil dari tepi, bukan juga Islam terpaksa yang diwarisi dari nenek-moyang kita.
Allah juga kurniakan kita akal yang cerdas, supaya dapat bezakan yang mana yang hak, dan yang batil. dengan akal dan iman yang menetap dalam diri kita, akan tumbuh dan terhasillah amal-amal yang bakal menjadi penolong kita di akhirat kelak. nanti, di saat Allah bertanya kita apa yang telah kita lakukan di muka bumi, kita dapat jawab, dan dapat bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap perbuatan kita. dan yang bakal membawa kita ke syurga atau menarik ke neraka-Nya. naudzubillah.

Pokoknya nak cakap kat sini, setiap makhluk yang Dia ciptakan pasti ada kelebihan atau logam masing-masing. Selebihnya terletak pada kita untuk mencungkil dalam-dalam di mana dan apa logam kita. dan dari situ, kita bersyukur, kita gunakan nikmat yang Allah kurniakan untuk menjalankan tugas kita kat muka bumi, as a chaliph, and an a'bid. :)
 
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” 
(23:115)

“Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)."
(75:36)  
wallahu a'lam.

p/s : tangan yang menulis lebih dekat dari mata yang membaca. eh? pon bole kan :)
muhasabah untuk diri saya sendiri dan kita semua.insyaAllah.
sekarang dah tak sedih-sedih dah, sebab saya tahu Allah takkan menzalimi hamba-Nya.



frm google


assalamualaikum.





Friday, April 5, 2013

short#

assalamualaikum.

O Allah.am exhausted.very.


'And it is He who has made the night for you as clothing and sleep [a means for] rest and has made the day a resurrection.'
(25:47)


semoga Allah redha.
assalamualaikum.


Friday, March 15, 2013

dear iman;

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

assalamualaikum.

sejak beberapa menjak ni, saya sering didatangi dengan surah al-hujurat; surah ke 49 yang bermaksud kamar-kamar. bermula dengan bulatan gembira sehingga ke family day 'kami' malah saat sharing pon! surah yang banyak berkisar tentang adab-adab ni sememangnya banyak menyentuh hati saya. yelah, daripada adab-adab itu, apabila ditajdidkan dengan perbuatan kita maka terbentuklah akhlak kita kan? banyak sungguh yang Allah nak didik saya sebab setiap kali sharing tu, setiap kali tu jugak perasaan yang berlainan yang saya rasakan. mesti anda-anda semua pon pernah merasakan perasaan yang sama kan. macam bila kita baca n tadabbur al quran eventhough dah ratusan kali ayat tu kita baca, tapi feeling setiap dari masa yang berlainan tu lain kan? macam...ada ja yang tersentuh. hmm.mind the ayat yang agak ke laut.camnilah jadinya bila dah lama tak mencoret.

so back to the point,

'dan ketahuilah bahawa di tengah-tengah kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti (kemahuan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapatkan kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.'
(49:7)

em.kalau masa zaman sahabat-sahabat dulu, mereka ada Rasulullah di tengah-tengah mereka. bestnya dapat hidup bersama dengan kekasih-Nya, dapat sama-sama membanting segenap tulang dan tenaga untuk menaikkan Islam, membuang karat-karat jahiliyah  di segenap sosok, membimbing manusia ke jalan yang lurus, kepada-Nya. subhanallah .then kalau macam tu, zaman kita sekarang siapa kat tengah-tengah kita?
jeng krengg.errr.

hmm.jangan panik dulu. kita kan ada al-Quran, ada sunnah Rasulullah yang sampai sekarang menjadi panduan tegar untuk kita. Rasulullah walaupun jasadnya tiada, tapi ruhnya masih bersama kita. buktinya, dakwah yang dibawa masih sampai kepada kita sekarang. jadi tiada alasan kepada kita untuk tidak menjadi seorang muslim yang sebenar-sebenarnya. aslim taslam -Islamlah, maka selamatlah kamu. beruntunglah kita apabila Allah memberikan rasa cinta kepada iman dan menjadikan iman itu indah dalam hati, kerana hati adalah raja bagi diri kita. seperti dalam sebuah hadis qudsi; sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal dagimg itu adalah hati. serius, beruntung sungguh empunya diri yang dipilih oleh Allah menerima nikmat tersebut. dengan iman maka akan terhasillah amal kita. amal soleh adalah buah daripada iman. dan daripada amal itulah kita akan dipertanggungjawabkan kelak. pada hari tiada lagi sahabat baik, hari yang mana semua sosok akan sibuk dengan urusan masing-masing. apa kita nak jawab dengan Allah nanti? adakah amal yang kita lakukan sehingga saat ini dapat membawa kita ke syurga-Nya? atau malah menolak ke neraka-Nya? naudzubillah. T.T

kerana itu, pentingnya untuk  kita bermuhasabah diri. kita tak tahu amalan mana yang kita buat yang Allah terima, yang Allah redha. sedar atau tidak setiap perbuatan kita dinilai. dari yang sekecil-sekecil hingga sebesarnya.

mohle kita sama-sama bersabar dalam ketaatan.


frm google


frm google






semoga Allah redha.

malam.
assalamualaikum.


Wednesday, February 27, 2013

one lovely night

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

assalamualaikum.

got a text from mom which startled me. I could feel my hand shivering. with excitement i think. but well, on top of that, I am grateful enough. for the news. for everything. :')

All praises to Him.
Allahu Allah.


......

'dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu'
(65:3)

frm google :')

Sunday, February 3, 2013

bravery

bismillahirrahmanirrahim.

Bravery; is to overcome your fear in tight situation and to stir in your opponent's heart more fear than you have.

Saturday, December 29, 2012

sekadar meluahkan

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum.

sejujurnya, banyak benda yang sedang dalam fikiran sekarang ni. mungkin post kali ni more to 'curhat' thingy dan saya tak kesah pon kalau anda2 nak tekan button x kat kanan atas tu.

.....

things happen. a lot.

there was a time where I opened this book; borrowed from one of my beloved sister and I came across this very first verse ;

al-'ilmu nurun wa nurullahi la yuhda li ashin
sesungguhnya ilmu adalah cahaya, dan cahaya Allah takkan datang kepada seorang yang berbuat maksiat.

Allahu rabbi. I was repeatedly digesting those words. ilmu.cahaya.maksiat. those that i faced everyday! I realised that I'd lost 'my way' lately. I'd been occupied by the dunya, the one which I've been tested over and over again. well that is a sign that I haven't past the test right? :(  I looked down, flashbacking all those things that I've done wrong. intentionally. and there were lots of them. O Allah, forgive me. for not fully devoting myself to You. :(

....

by means of ilmu, it covers lots of aspects. most importantly, ilmu Allah itself which I'd like to focus; our guidance, the Quran. have you come across a time where when you read the Quran, you feel nothing. empty. where hati macam tak tersentuh pon dengan ayat-ayat cinta dari sang Pencipta. or hati tak dapat nak extract hikmah disebalik ayat-ayat yang penuh makna tu. naudzubillah. sedangkan, sifat al-Quran adalah memberi. Quran will gives us what we want, provided that we opened our heart, lillahi ta'ala. and so, we shall think hardly; what have we done lately? how is our worship towards God? how is our mutabaah amal? lopongkah mereka ? how about our prayers? do we bring our heart and soul and sincerely devoting them during the shalah? there are so many questions to ask back then, right? hmm. banyakkan muhasabah kot.

....

and when i read yours, i could feel tears running. I was grateful though, for you to find your way. alhamdulillah. it was really inspiring. seriously. to be honest, I was a bit lost this past few days. and when i read those, i was like ... 'tersentap'. hmm. how and what I feel the rest, let it just be secret; between Him and me. but sincerely, I am touched. really am. :']

....

' Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu'
(24:35)


frm google


notakaki :
 semoga Allah mengurniakan cahaya-Nya kepada saya, kepada kita semua.  dan semoga kita dapat menyerap cahaya tu :)
luruskan niat kami Ya Allah. 
teguhkan, tetapkan hati kami di jalan-Mu Ya Rabb.
semoga saya, awk, kita, istiqamah. (doing the good deeds)

and. please be nice to me. am adapting myself to this.

      



Saturday, December 8, 2012

bahagia itu pilihan

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

assalamualaikum :)

matahari dah memancar terang dari bilik saya ni. dan fikiran ni pon mula melayang memikirkan banyak benda.

...

aneh kan bahagia..
ada orang yang rumah kecik, tapi lena sungguh mereka tdoq beralaskan tikar semata.
ada yang bawak moto tapi masih tersenyum; walau terkadang panas mencengkam dada atau hujan mendakap diri.

ada yang makannya sederhana, tapi mungkin lebih bahagia dari mereka yang makan di hotel mewah.
ada yang tanah airnya dipijak, tapi masih syukur, masih bisa melaungkan kalimah Allahuakbar!



hmm.bahagiakah kita? bahagiakah saya?

perjalanan hidup yang ada naik turun ni buat saya lebih kenal erti bahagia. bahagia yang tak dapat nak didefine by means of harta. saya bahagia. alhamdulillah. walau terkadang terselit rasa duka di hati, tapi tak sepatutnya saya rasa cmtu kan, sebab Allah sentiasa di sisi saya. dan anda-anda semua.

yang kita ada sekarang adalah harapan kita. tak salah mengharapkan yang belum ada, tapi jangan lupa apa yang telah ada.
nikmat.sabar.syukur.bahagia.semuanya sangat sinonim.
bersyukurlah di atas nikmat. lihatlah hidup ini secara keseluruhan. dah banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, lebih dari harapan kita sebenarnya, sedar ataupun tidak. Allah bagi kita apa yang kita perlukan. bukan yang kita mahukan. kenapa? sebab Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang sebenarnya kita perlu. kan? *nanges*

'dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. dan manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)'
(14:34)




اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
Allahumma.nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur.
 

Ya Allah. bagi-Mu lah pujian dan bagi-Mu lah kesyukuran.

alhamdulillah.
buang segala duka.marilah memilih kebahagiaan.

till then.assalamualaikum.

p/s: jumaat depan kami exam block 3.2. cardio tuu.doakan kami. semoga di dalam kesibukan menimba ilmu ni tidak melalaikan kami dari mengingatiMu dan menjalankan tanggungjawab sebenar kami di bumiMu ya Allah. Allahummameen. :)

malam

assalamualaikum.

malam sudah tiba. :)
saya suka malam.sukasukasuka.
ada kedamaian dan ketenangan di situ. setelah berpagian dan berpetangan membanting tulang untuk kerja-kerja seharian yang endless. kan?

okay.bukan tu point saya sebenarnya.
just a reminder for us, what have we done fr our Deen today..? gulp.

saya sendiri harini agak membzkan diri dgn em...should i say; dunya? oh my.sobs.  alkisah semenjak balik dari melawat adek-adek terchenta nun jauh di sana dan disajikan dengan makanan yg enak lagi kreatif, saya pun menyimpan cita-cita besar untuk melakukan bnda yang sama. fr raudhahians terchenta.hee.dan tidak dilupakan sarah,zati plus akhwat2 tersayang. dan dengan semangat yang kemain berkobar ni saya pon dok mencari la barang2 untuk masak esok. (tmrw is my turn and i wish to make it more special coz' i know they'll miss me since im going back next week.perasan tak saya.hehe.)
so.nak dipendekkan cerita, semua kedai yang saya dah pegi takda bnda yang dicari tu. dan disebabkan semangat yang tadinya sangat menggunung, kekecewaan yang dirasakan pon sangatlah menggunung. Ya Rabb. sepetang kot saya carik. and finally plastik2 tu dipenuhi dengan biskut-biskut dan betik.kbai. =.=





ha..ni lah benda yang nak sangat saya carik tu. roller fr kimbab. mana lagi nak carik ni?

and this one. susah nak carik saiz besar tahu. :(






okay.sekianlah luahan hati yang sememangnya duniawi ni. boleh pulak kan sibuk carik bahan kimbab bagai sedangkan kat luar sana masih ada yang bersusah payah untuk sesuap nasik. maafkan saya. :(

 ...

oh malam.
hmm.teringat tafsir al-alaq.

'dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita'
(al-falaq:3)

malam.
saat yang sangat rentan munculnya sesuatu yang tersembunyi dan tak diketahui. macam binatang berbisa yang merayap carik mangsa.or mungkin musuh licik yang standby nak buat something yang tak elok.
saat rasa was-was, kesedihan-kesedihan dan kesusahan-kesusahan merayap dan mencekik perasaan. contoh macam bila malam, kalau tgah sedih or jiwa kacau tu memang sangat2 terasa dan mengganggu jiwa.kan?
saat syahwat bangkit ketika bersendirian. lebih-lebih lagi dengan suasana yang gelap.
dan..
saat 'conducive' syaitan melancarkan serangan bertubi-tubi.

tapi jahatkah malam tu? tak kan.
untuk menjawab persoalan ni kena tanya iman kita kot kan. macam mana kita beriman dengan  surah al-falaq ni. macam..binatang buas tu tak jahat pon kan. kegelapan malam tu sendiri tak jahat pon kan. it depends on how we control and handle the situation. tapi most importantly, kena berhati-hatilah kan sebab kita tak tahu apa yang akan jadik. kalau tak kunci rumah time malam mmg senangla pencuri nak masuk kan?

okay.dah taktahu nak tulis apa.tadi macam banyak bnda yang nak diluahkan. lain kali eh?
hopefully tak sia-sialah. mungkin anda patut bukak balik buku and study tafsir al-falaq ni. sebab apa yang saya tulis ni is only a part of it. baca, fahami dan berimanlah dengannya. pokoknya al falaq berkisar pasal perlindungan external yang mungkin masih lagi tak settle dalam diri kita. so..tunggu apa lagi. grab the chance and read the tafsir ^^ (punyalah malas nak cita kat sini kan.iskisk)

till then.
assalamualaikum.

p/s: mungkin tak lama lagi entry lain akan menyusul. :p
selamat malam readers.





Monday, December 3, 2012

Wednesday, November 14, 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah;sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenanngan yang agung'
(9:111)

'Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara ( demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, meyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-oang yang beriman'
(9:112)

:')
till we meet again.in Jannah.

Tuesday, October 23, 2012

Friday, October 19, 2012

short reminder#

assalamualaikum.

em.hari tu kan, time kat atas moto baru perasan yang minyak dah dekat end of  line merah tu. yes. the very end. and i was like ........$%#@&#  freaking out. sorgsorg. :0
tersangatlah risau takut-takut minyak habis tengah jalan, pastu tersadai sorg2 kat situ. Ya Rabb, kat dalam hati ni tak henti-henti doa supaya sempat sampai pertamina (stesen minyak). dan alhamdulillah yusuf and me managed to get there.safely ^^

em.masa atas moto jugak saya terfikir; macam ni ke perasaannya kalau bekalan kita tak cukup. hmm.maksud saya, bekalan untuk akhirat yang kekal abadi tu. Ya Allah. bertambah-tambah takut kot masa tu! bayangkan kat dunia ni pon dah gelabah semacam bila sedar bekalan minyak tu tak cukup, apatah lagi nak dibandingkan dengan bekalan for hari akhirat sana. naudzubillah. semoga kita tak termasuk dalam kalangan yang lalai dan rugi tu.

' telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat) '
(21:1)


gulp.



p/s : 
jom muhasabah balik amalan kita sehari-hari. semoga semuanya membawa kita ke syurgaNya :)  
to mimi ~ post muntahhijau kt tak dapat nak dipublish lg.takut semua org muntah and tak tenang jawab exam.hee.
em.sejuk kat tangan ni agak lama jugak la nak hilang. lub dub.

sekian.eh?
semoga bermanfaat.huu.
assalamualaikum.

Tuesday, October 9, 2012

ujian,prasangka pada Allah

assalamualaikum..

manusia diuji berdasarkan imannya.gulp.
berprasangka baiklah pada Allah dalam setiap kejadian dan keadaan kerana sesungguhnya Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ..........'
(2:286)

emm. nak share satu kisah yang bagi saya sangat best; moga bermanfaat untuk semua ^^

kisah ini berlaku pada masa 'Abbasiyah akhir, kisah seorang ayah dan anak yang mengimpikan syahid. Sang ayah adalah bekas budak, bekerja habis-habisan mengumpul dirham lalu meminta izin untuk menebus dirinya pada sang majikan.

"Allah 'Azza wa Jalla telah membeliku dari Anda, lalu Dia membebaskanku" -sang ayah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sang ayah bebas dan masih berbaki dirham untuknya memulai kehidupan barunya sebagai seorang yang merdeka.

'Aku tidak tahu wahai tuanku yang baik, apakah kebebasan ini rahmat ataukah musibah. Aku hanya berbaik sangka pada Allah'

Tahun demi tahun berlalu, sang ayah telah menikah namun isterinya meninggal dunia dan tinggallah sang ayah bersama putera yang dikasihinya. Dididik puteranya memahami agama dan menjalankan sunnah Nabi, juga untuk bersikap kesatria dan berjiwa merdeka.

"Ketahuilah nak, orang bebas yang paling merdeka adalah dia yang bisa memilih caranya untuk mati dan menghadap Illahi. Ketahuilah seorang yang syahid di jalan Allah itu hakikatnya tak pernah mati. Saat terbunuh, dia akan disambut oleh tujuh puluh bidadari. Ruhnya menanti kiamat dengan terbang ke sana-ke mari dalam tubuh burung hijau di taman syurga, dan diizinkan baginya memberi pertolongan bagi keluarganya. Mari kita rebut kehormatan itu nak, dengan berjihad lalu syahid di jalan-Nya"

Jadi..dengan semua harta yang ada, sang ayah dan anak membeli seekor kuda perang berwarna hitam (digambarkan dengan sangat woweeeee hebatnya) sebagai langkah pertama jihad mereka dan menghantar mereka kepada kesyahidan yang diimpikan. Sesampai di rumah, tetangga2 datang lantas mengagumi kegagahan dan kewowan kuda tersebut. Mereka bertanya berapa yang dihabiskan untuk membeli kuda tersebut. Anak beranak itu tersenyum simpul. Itu simpanan yang dikumpulkan seumur hidup! Lantas kekaguman tetangga mereka sebentar tadi berubah menjadi cemuhan.

Ujar sang ayah dan anak ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Sepekan berlalu. (taktahulah selama mana tu.hee) Kuda hitam gagah tersebut tadi hilang! Kuda yang dijaga rapi penuh cinta. Kuda yang hadir bersama-sama menanti panggilan Allah ke panggilan jihad untuk menjemput takdir terindah mereka. Berduyunlah tetangga datang mengucapkan takziah, bersimpati pada cita-cita tinggi anak-beranak tersebut.

"Kalian memang tidak beruntung. Kuda itu hanya hadir sejenak untuk memuaskan ambisi (baca=cita2) kalian, lalu Allah membebaskannya dan mengandaskan cita2 kalian"

Tersenyum, sang ayah dan anak lantas mengucapkan ;
'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Pokoknya, mereka pasrah. Dengan atau tanpa kuda, jika panggilan Allah datang mereka harus menyambutnya. Kembalilah mereke bekerja tekun seakan tak terjadi apapun. Biidznillah, tiga hari kemudian kuda mereka pulang; bersamanya terdapat belasan lagi kuda lain. Sekali lagi, tetangga2 datang dengan takjub.

"Luar biasa! Kuda itu pergi untuk memanggil kawan-kawannya dan kini kembali membawa mereka menggabungkan diri. Kalian sekarang kaya raya!"

Si pemilik hanya tersenyum ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Hari berikutnya dengan bahagia sang anak mencuba menaiki salah satu kuda tesebut. Ditakdirkan Allah kuda itu terkejut ketika terserempak dengan seekor lembu yang lepas dari kandang di persimpangan lalu meronta keras, dan sang anak terjatuh. kakinya patah.
Para tetangga datang menjenguk, menatap sang anak dengan pandangan penuh hiba.

"Ternyata kuda itu tidak membawa berkah. Mereka datang membawa musibah. Alangkah lebih beruntung yang tak memiliki kuda, namun anaknya sihat sentiasa"

Tuan rumah tersenyum lagi; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Hari berikutnya, hulubalang raja berkeliling negeri; mengumumkan pengerahan pasukan untuk menghadapi tentera musuh yang menyerang perbatasan.Sayang, perang ini sulit untuk dikatakan jihad di jalan Allah kerana musuh yang hendak dihadapi adalah sesama Muslim. Hanya berbeza kesultanan. Semua pemuda yang sihat jasmani dan rohani wajib bergabung untuk mempertahankan negeri. dan sang anak jelas sekali tidak memenuhi syarat tersebut.

Dan hari itu, para tetangga yang ditinggal putera2 menjadi parajurit mendatangi si pemilik kuda ;
".......... Puteramu masih tetap bisa di rumah kerana kakinya patah. Kalian begitu beruntung! Allah menyayangi kalian"

Ucapan mereka kembali bergema ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Sebulan kemudian, kota itu dipenuhi ratapan para ibu, isak tangis para isteri. Semua pemuda perang telah tewas di medan tempur. Tetapi para warga telah banyak belajar dari sang ayah dan anak pemilik kuda. Seluruh penduduk kota kini menggumankan kalimat indah itu ; 'Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik pada Allah'

..... 
Tak berapa lama kemudian, panggilan jihad yang sebenarnya bergema. Pasukan Monggol pimpinan Hulagu Khan datang  menyebu wilayah Islam. sang ayah dan anak menyongsong janjinya. Mereka bergegas menyambut panggilan dengan kalimat agungnya ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'




subhanallah. sangat kagum dengan sang ayah dan anak ni. prasangka baik mereka pada Allah last like... forever! Semua benda yang berlaku pada kita dari dulu sampai sekarang, kita tak tahu samada itu adalah baik atau buruk. Yang pasti, semua tu adalah takdir Allah yang terbaik untuk kita ; dan setiap satu tu adalah tarbiyah Allah untuk menjadikan kita makhluk yang lebih bersyukur, lebih sedar tujuan kita diciptakan kat dunia ni.
dan tanpa sedar, sebenarnya berjuta kebaikan mengiringi prasangka baik kita pada yang Maha Pencipta. Dia setia bersama kita, melimpahkan rahmat dan kebaikan, kerana kita mengingatNya dengan sangkaan kebaikan.

Hopefully nyambung la kan kisah ni dengan main point saya. em.insyaallah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Yakinlah pada Allah dengan sebenar-sebenarnya.

'Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (al-Quran) itu hanya akan menambah kerugian'
(17:82)



 p/s : sang anak tadi ialah Al-Manshur Saifuddin Qalawun. bolelah tanya pakcik google kalau nak tahu lebih lagi pasal beliau. dan kisah ni saya ambik dari satu bab dalam buku 'Dalam Dakapan Ukhuwah' dri author fav. saya.hee. banyak lagi cerita best dalam buku ni tahu. bacalah nanti; nk pinjam pon bole :)
pastu.emm.saya pon taktahu betul or tak apa yang saya dah buat, hopefully it will leads to something good. ameen.doakan. ^^ 

till then.
assalamualaikum.

Sunday, October 7, 2012

Saturday, October 6, 2012

...

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

kadangkala ku rasakan dosa
apakan daya nafsu merasuk dada
terus tenggelam bagai perenang buta
bagaikan iman sudah tiada
hati yang sakit
tiada sedar
yang 'biasa' atau 'luar biasa'
hanyut dalam buih-buih noda

mencari-cari sebenarnya diri
kadang semangat, sering juga terlali
sungguh terpengaruh syurga duniawi
resah di hati siapa yang peduli ?

mengapa mesti begini?
...........

lantas,
saat diri masih menyedari
yakini hati beranikan diri
perubahan bukan hanya sehari
ikhlas dan istiqamah itu yang dicari
ayuh laju! majukan diri
terus berlari tiada henti
iringi doa setiap hari
moga nanti beroleh yang dihajati

sedar sudah berusaha tidak?


'kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(16:119)




plaza ambarrukmo,5.52 p.m