Saturday, December 29, 2012

sekadar meluahkan

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum.

sejujurnya, banyak benda yang sedang dalam fikiran sekarang ni. mungkin post kali ni more to 'curhat' thingy dan saya tak kesah pon kalau anda2 nak tekan button x kat kanan atas tu.

.....

things happen. a lot.

there was a time where I opened this book; borrowed from one of my beloved sister and I came across this very first verse ;

al-'ilmu nurun wa nurullahi la yuhda li ashin
sesungguhnya ilmu adalah cahaya, dan cahaya Allah takkan datang kepada seorang yang berbuat maksiat.

Allahu rabbi. I was repeatedly digesting those words. ilmu.cahaya.maksiat. those that i faced everyday! I realised that I'd lost 'my way' lately. I'd been occupied by the dunya, the one which I've been tested over and over again. well that is a sign that I haven't past the test right? :(  I looked down, flashbacking all those things that I've done wrong. intentionally. and there were lots of them. O Allah, forgive me. for not fully devoting myself to You. :(

....

by means of ilmu, it covers lots of aspects. most importantly, ilmu Allah itself which I'd like to focus; our guidance, the Quran. have you come across a time where when you read the Quran, you feel nothing. empty. where hati macam tak tersentuh pon dengan ayat-ayat cinta dari sang Pencipta. or hati tak dapat nak extract hikmah disebalik ayat-ayat yang penuh makna tu. naudzubillah. sedangkan, sifat al-Quran adalah memberi. Quran will gives us what we want, provided that we opened our heart, lillahi ta'ala. and so, we shall think hardly; what have we done lately? how is our worship towards God? how is our mutabaah amal? lopongkah mereka ? how about our prayers? do we bring our heart and soul and sincerely devoting them during the shalah? there are so many questions to ask back then, right? hmm. banyakkan muhasabah kot.

....

and when i read yours, i could feel tears running. I was grateful though, for you to find your way. alhamdulillah. it was really inspiring. seriously. to be honest, I was a bit lost this past few days. and when i read those, i was like ... 'tersentap'. hmm. how and what I feel the rest, let it just be secret; between Him and me. but sincerely, I am touched. really am. :']

....

' Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu'
(24:35)


frm google


notakaki :
 semoga Allah mengurniakan cahaya-Nya kepada saya, kepada kita semua.  dan semoga kita dapat menyerap cahaya tu :)
luruskan niat kami Ya Allah. 
teguhkan, tetapkan hati kami di jalan-Mu Ya Rabb.
semoga saya, awk, kita, istiqamah. (doing the good deeds)

and. please be nice to me. am adapting myself to this.

      



Saturday, December 8, 2012

bahagia itu pilihan

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

assalamualaikum :)

matahari dah memancar terang dari bilik saya ni. dan fikiran ni pon mula melayang memikirkan banyak benda.

...

aneh kan bahagia..
ada orang yang rumah kecik, tapi lena sungguh mereka tdoq beralaskan tikar semata.
ada yang bawak moto tapi masih tersenyum; walau terkadang panas mencengkam dada atau hujan mendakap diri.

ada yang makannya sederhana, tapi mungkin lebih bahagia dari mereka yang makan di hotel mewah.
ada yang tanah airnya dipijak, tapi masih syukur, masih bisa melaungkan kalimah Allahuakbar!



hmm.bahagiakah kita? bahagiakah saya?

perjalanan hidup yang ada naik turun ni buat saya lebih kenal erti bahagia. bahagia yang tak dapat nak didefine by means of harta. saya bahagia. alhamdulillah. walau terkadang terselit rasa duka di hati, tapi tak sepatutnya saya rasa cmtu kan, sebab Allah sentiasa di sisi saya. dan anda-anda semua.

yang kita ada sekarang adalah harapan kita. tak salah mengharapkan yang belum ada, tapi jangan lupa apa yang telah ada.
nikmat.sabar.syukur.bahagia.semuanya sangat sinonim.
bersyukurlah di atas nikmat. lihatlah hidup ini secara keseluruhan. dah banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, lebih dari harapan kita sebenarnya, sedar ataupun tidak. Allah bagi kita apa yang kita perlukan. bukan yang kita mahukan. kenapa? sebab Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang sebenarnya kita perlu. kan? *nanges*

'dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. dan manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)'
(14:34)




اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
Allahumma.nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur.
 

Ya Allah. bagi-Mu lah pujian dan bagi-Mu lah kesyukuran.

alhamdulillah.
buang segala duka.marilah memilih kebahagiaan.

till then.assalamualaikum.

p/s: jumaat depan kami exam block 3.2. cardio tuu.doakan kami. semoga di dalam kesibukan menimba ilmu ni tidak melalaikan kami dari mengingatiMu dan menjalankan tanggungjawab sebenar kami di bumiMu ya Allah. Allahummameen. :)

malam

assalamualaikum.

malam sudah tiba. :)
saya suka malam.sukasukasuka.
ada kedamaian dan ketenangan di situ. setelah berpagian dan berpetangan membanting tulang untuk kerja-kerja seharian yang endless. kan?

okay.bukan tu point saya sebenarnya.
just a reminder for us, what have we done fr our Deen today..? gulp.

saya sendiri harini agak membzkan diri dgn em...should i say; dunya? oh my.sobs.  alkisah semenjak balik dari melawat adek-adek terchenta nun jauh di sana dan disajikan dengan makanan yg enak lagi kreatif, saya pun menyimpan cita-cita besar untuk melakukan bnda yang sama. fr raudhahians terchenta.hee.dan tidak dilupakan sarah,zati plus akhwat2 tersayang. dan dengan semangat yang kemain berkobar ni saya pon dok mencari la barang2 untuk masak esok. (tmrw is my turn and i wish to make it more special coz' i know they'll miss me since im going back next week.perasan tak saya.hehe.)
so.nak dipendekkan cerita, semua kedai yang saya dah pegi takda bnda yang dicari tu. dan disebabkan semangat yang tadinya sangat menggunung, kekecewaan yang dirasakan pon sangatlah menggunung. Ya Rabb. sepetang kot saya carik. and finally plastik2 tu dipenuhi dengan biskut-biskut dan betik.kbai. =.=





ha..ni lah benda yang nak sangat saya carik tu. roller fr kimbab. mana lagi nak carik ni?

and this one. susah nak carik saiz besar tahu. :(






okay.sekianlah luahan hati yang sememangnya duniawi ni. boleh pulak kan sibuk carik bahan kimbab bagai sedangkan kat luar sana masih ada yang bersusah payah untuk sesuap nasik. maafkan saya. :(

 ...

oh malam.
hmm.teringat tafsir al-alaq.

'dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita'
(al-falaq:3)

malam.
saat yang sangat rentan munculnya sesuatu yang tersembunyi dan tak diketahui. macam binatang berbisa yang merayap carik mangsa.or mungkin musuh licik yang standby nak buat something yang tak elok.
saat rasa was-was, kesedihan-kesedihan dan kesusahan-kesusahan merayap dan mencekik perasaan. contoh macam bila malam, kalau tgah sedih or jiwa kacau tu memang sangat2 terasa dan mengganggu jiwa.kan?
saat syahwat bangkit ketika bersendirian. lebih-lebih lagi dengan suasana yang gelap.
dan..
saat 'conducive' syaitan melancarkan serangan bertubi-tubi.

tapi jahatkah malam tu? tak kan.
untuk menjawab persoalan ni kena tanya iman kita kot kan. macam mana kita beriman dengan  surah al-falaq ni. macam..binatang buas tu tak jahat pon kan. kegelapan malam tu sendiri tak jahat pon kan. it depends on how we control and handle the situation. tapi most importantly, kena berhati-hatilah kan sebab kita tak tahu apa yang akan jadik. kalau tak kunci rumah time malam mmg senangla pencuri nak masuk kan?

okay.dah taktahu nak tulis apa.tadi macam banyak bnda yang nak diluahkan. lain kali eh?
hopefully tak sia-sialah. mungkin anda patut bukak balik buku and study tafsir al-falaq ni. sebab apa yang saya tulis ni is only a part of it. baca, fahami dan berimanlah dengannya. pokoknya al falaq berkisar pasal perlindungan external yang mungkin masih lagi tak settle dalam diri kita. so..tunggu apa lagi. grab the chance and read the tafsir ^^ (punyalah malas nak cita kat sini kan.iskisk)

till then.
assalamualaikum.

p/s: mungkin tak lama lagi entry lain akan menyusul. :p
selamat malam readers.





Wednesday, November 14, 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah;sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenanngan yang agung'
(9:111)

'Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara ( demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, meyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-oang yang beriman'
(9:112)

:')
till we meet again.in Jannah.

Tuesday, October 23, 2012

Friday, October 19, 2012

short reminder#

assalamualaikum.

em.hari tu kan, time kat atas moto baru perasan yang minyak dah dekat end of  line merah tu. yes. the very end. and i was like ........$%#@&#  freaking out. sorgsorg. :0
tersangatlah risau takut-takut minyak habis tengah jalan, pastu tersadai sorg2 kat situ. Ya Rabb, kat dalam hati ni tak henti-henti doa supaya sempat sampai pertamina (stesen minyak). dan alhamdulillah yusuf and me managed to get there.safely ^^

em.masa atas moto jugak saya terfikir; macam ni ke perasaannya kalau bekalan kita tak cukup. hmm.maksud saya, bekalan untuk akhirat yang kekal abadi tu. Ya Allah. bertambah-tambah takut kot masa tu! bayangkan kat dunia ni pon dah gelabah semacam bila sedar bekalan minyak tu tak cukup, apatah lagi nak dibandingkan dengan bekalan for hari akhirat sana. naudzubillah. semoga kita tak termasuk dalam kalangan yang lalai dan rugi tu.

' telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat) '
(21:1)


gulp.



p/s : 
jom muhasabah balik amalan kita sehari-hari. semoga semuanya membawa kita ke syurgaNya :)  
to mimi ~ post muntahhijau kt tak dapat nak dipublish lg.takut semua org muntah and tak tenang jawab exam.hee.
em.sejuk kat tangan ni agak lama jugak la nak hilang. lub dub.

sekian.eh?
semoga bermanfaat.huu.
assalamualaikum.

Tuesday, October 9, 2012

ujian,prasangka pada Allah

assalamualaikum..

manusia diuji berdasarkan imannya.gulp.
berprasangka baiklah pada Allah dalam setiap kejadian dan keadaan kerana sesungguhnya Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ..........'
(2:286)

emm. nak share satu kisah yang bagi saya sangat best; moga bermanfaat untuk semua ^^

kisah ini berlaku pada masa 'Abbasiyah akhir, kisah seorang ayah dan anak yang mengimpikan syahid. Sang ayah adalah bekas budak, bekerja habis-habisan mengumpul dirham lalu meminta izin untuk menebus dirinya pada sang majikan.

"Allah 'Azza wa Jalla telah membeliku dari Anda, lalu Dia membebaskanku" -sang ayah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sang ayah bebas dan masih berbaki dirham untuknya memulai kehidupan barunya sebagai seorang yang merdeka.

'Aku tidak tahu wahai tuanku yang baik, apakah kebebasan ini rahmat ataukah musibah. Aku hanya berbaik sangka pada Allah'

Tahun demi tahun berlalu, sang ayah telah menikah namun isterinya meninggal dunia dan tinggallah sang ayah bersama putera yang dikasihinya. Dididik puteranya memahami agama dan menjalankan sunnah Nabi, juga untuk bersikap kesatria dan berjiwa merdeka.

"Ketahuilah nak, orang bebas yang paling merdeka adalah dia yang bisa memilih caranya untuk mati dan menghadap Illahi. Ketahuilah seorang yang syahid di jalan Allah itu hakikatnya tak pernah mati. Saat terbunuh, dia akan disambut oleh tujuh puluh bidadari. Ruhnya menanti kiamat dengan terbang ke sana-ke mari dalam tubuh burung hijau di taman syurga, dan diizinkan baginya memberi pertolongan bagi keluarganya. Mari kita rebut kehormatan itu nak, dengan berjihad lalu syahid di jalan-Nya"

Jadi..dengan semua harta yang ada, sang ayah dan anak membeli seekor kuda perang berwarna hitam (digambarkan dengan sangat woweeeee hebatnya) sebagai langkah pertama jihad mereka dan menghantar mereka kepada kesyahidan yang diimpikan. Sesampai di rumah, tetangga2 datang lantas mengagumi kegagahan dan kewowan kuda tersebut. Mereka bertanya berapa yang dihabiskan untuk membeli kuda tersebut. Anak beranak itu tersenyum simpul. Itu simpanan yang dikumpulkan seumur hidup! Lantas kekaguman tetangga mereka sebentar tadi berubah menjadi cemuhan.

Ujar sang ayah dan anak ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Sepekan berlalu. (taktahulah selama mana tu.hee) Kuda hitam gagah tersebut tadi hilang! Kuda yang dijaga rapi penuh cinta. Kuda yang hadir bersama-sama menanti panggilan Allah ke panggilan jihad untuk menjemput takdir terindah mereka. Berduyunlah tetangga datang mengucapkan takziah, bersimpati pada cita-cita tinggi anak-beranak tersebut.

"Kalian memang tidak beruntung. Kuda itu hanya hadir sejenak untuk memuaskan ambisi (baca=cita2) kalian, lalu Allah membebaskannya dan mengandaskan cita2 kalian"

Tersenyum, sang ayah dan anak lantas mengucapkan ;
'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Pokoknya, mereka pasrah. Dengan atau tanpa kuda, jika panggilan Allah datang mereka harus menyambutnya. Kembalilah mereke bekerja tekun seakan tak terjadi apapun. Biidznillah, tiga hari kemudian kuda mereka pulang; bersamanya terdapat belasan lagi kuda lain. Sekali lagi, tetangga2 datang dengan takjub.

"Luar biasa! Kuda itu pergi untuk memanggil kawan-kawannya dan kini kembali membawa mereka menggabungkan diri. Kalian sekarang kaya raya!"

Si pemilik hanya tersenyum ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Hari berikutnya dengan bahagia sang anak mencuba menaiki salah satu kuda tesebut. Ditakdirkan Allah kuda itu terkejut ketika terserempak dengan seekor lembu yang lepas dari kandang di persimpangan lalu meronta keras, dan sang anak terjatuh. kakinya patah.
Para tetangga datang menjenguk, menatap sang anak dengan pandangan penuh hiba.

"Ternyata kuda itu tidak membawa berkah. Mereka datang membawa musibah. Alangkah lebih beruntung yang tak memiliki kuda, namun anaknya sihat sentiasa"

Tuan rumah tersenyum lagi; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Hari berikutnya, hulubalang raja berkeliling negeri; mengumumkan pengerahan pasukan untuk menghadapi tentera musuh yang menyerang perbatasan.Sayang, perang ini sulit untuk dikatakan jihad di jalan Allah kerana musuh yang hendak dihadapi adalah sesama Muslim. Hanya berbeza kesultanan. Semua pemuda yang sihat jasmani dan rohani wajib bergabung untuk mempertahankan negeri. dan sang anak jelas sekali tidak memenuhi syarat tersebut.

Dan hari itu, para tetangga yang ditinggal putera2 menjadi parajurit mendatangi si pemilik kuda ;
".......... Puteramu masih tetap bisa di rumah kerana kakinya patah. Kalian begitu beruntung! Allah menyayangi kalian"

Ucapan mereka kembali bergema ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'

Sebulan kemudian, kota itu dipenuhi ratapan para ibu, isak tangis para isteri. Semua pemuda perang telah tewas di medan tempur. Tetapi para warga telah banyak belajar dari sang ayah dan anak pemilik kuda. Seluruh penduduk kota kini menggumankan kalimat indah itu ; 'Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik pada Allah'

..... 
Tak berapa lama kemudian, panggilan jihad yang sebenarnya bergema. Pasukan Monggol pimpinan Hulagu Khan datang  menyebu wilayah Islam. sang ayah dan anak menyongsong janjinya. Mereka bergegas menyambut panggilan dengan kalimat agungnya ; 'Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah'




subhanallah. sangat kagum dengan sang ayah dan anak ni. prasangka baik mereka pada Allah last like... forever! Semua benda yang berlaku pada kita dari dulu sampai sekarang, kita tak tahu samada itu adalah baik atau buruk. Yang pasti, semua tu adalah takdir Allah yang terbaik untuk kita ; dan setiap satu tu adalah tarbiyah Allah untuk menjadikan kita makhluk yang lebih bersyukur, lebih sedar tujuan kita diciptakan kat dunia ni.
dan tanpa sedar, sebenarnya berjuta kebaikan mengiringi prasangka baik kita pada yang Maha Pencipta. Dia setia bersama kita, melimpahkan rahmat dan kebaikan, kerana kita mengingatNya dengan sangkaan kebaikan.

Hopefully nyambung la kan kisah ni dengan main point saya. em.insyaallah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Yakinlah pada Allah dengan sebenar-sebenarnya.

'Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (al-Quran) itu hanya akan menambah kerugian'
(17:82)



 p/s : sang anak tadi ialah Al-Manshur Saifuddin Qalawun. bolelah tanya pakcik google kalau nak tahu lebih lagi pasal beliau. dan kisah ni saya ambik dari satu bab dalam buku 'Dalam Dakapan Ukhuwah' dri author fav. saya.hee. banyak lagi cerita best dalam buku ni tahu. bacalah nanti; nk pinjam pon bole :)
pastu.emm.saya pon taktahu betul or tak apa yang saya dah buat, hopefully it will leads to something good. ameen.doakan. ^^ 

till then.
assalamualaikum.

Sunday, October 7, 2012

Saturday, October 6, 2012

...

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

kadangkala ku rasakan dosa
apakan daya nafsu merasuk dada
terus tenggelam bagai perenang buta
bagaikan iman sudah tiada
hati yang sakit
tiada sedar
yang 'biasa' atau 'luar biasa'
hanyut dalam buih-buih noda

mencari-cari sebenarnya diri
kadang semangat, sering juga terlali
sungguh terpengaruh syurga duniawi
resah di hati siapa yang peduli ?

mengapa mesti begini?
...........

lantas,
saat diri masih menyedari
yakini hati beranikan diri
perubahan bukan hanya sehari
ikhlas dan istiqamah itu yang dicari
ayuh laju! majukan diri
terus berlari tiada henti
iringi doa setiap hari
moga nanti beroleh yang dihajati

sedar sudah berusaha tidak?


'kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(16:119)




plaza ambarrukmo,5.52 p.m

Thursday, October 4, 2012

assalamualaikum :) :) :)

hee.ce teka kenapa saya happy sangat hari ni?
mestilah sebab bday saya kan.hehe.

hmm.semalam kuar makan dengan bestiesss saya. kira macam untuk celebrate bday ktwg la. bday sarah bulan 9 haritu. ummi pulak 2 days older than me. tak sangka kan?excited ktwg tahu. paling semangat ummi la, siap masak macam-macam. nyumnyum pulak tu. ^^

em. sedar ataupun tak, masa cepat ja berlalu meninggalkan kita kan. apa-apa pon banyak benda yang masih perlu dimuhasabahkan, diperelokkan dan dipolish. hmm. selalu bila bday orang, saya mesti cakap 'semoga dengan bertambah usia ni,bertambah jugak iman dan amal kita kepada-Nya'. dan hari ni saya dedicatekan quote tu special ntok diri sendiri. ?#$%&

em. sebelum ni saya macam ada mind set yang kalau time bday, saya mesti nak have fun, hang out lalalala  macam tu tapi sekarang ni perasaan macam tu dah takda. (tipu sangat! at least kurang la kot.hehe. mungkin sebab environment kat sini or it is me that already matured? errrrrr..

jadi.apa saja tentatif saya harini?
start dari bangun tido tgk mesej dan miscall yang agak bertimbun, timbul rasa bersalah yang menebal di hati sebab tak dapat nak reply balik semua tu. penat sangat kot semalam sampai tak sedar kapan tertidur. maaflah ye.sobs.pastu jadik cinderella kejap. sapu itu, mop ini, basuh sana, lap sini dan seterusnya......... then, ada sesi shooting untuk majlis hari raya nanti.wahhh. tak berbakat pon, setakat bawak moto ngan p pasaq okay la kan. right after that, g carik barang untuk lucky draw hari raya nanti. alkisah jalan punya jalan dapatlah benda-benda yang dicari. alhamdulillah tak over budget. the best thing is, we got a stand fan for the main prize! ^^ penat tahu membudgetkan budget. lepas settle belibelah tu terus balik raudhah. kat sinilah profession saya bertukar jadik makcik pembalut hadiah.huhu.terserlah kekreatifan yang tak seberapa ni. dan sekarang, dengan perut yang sangat berdondang sayang saya menulis post ni.
 tapi bila difikirkan balik, apalah saya nak dibandingkan dengan para sahabat dan Rasulullah sendiri yang jauh lebih lama dan sering berlapar dari saya kan. *spontaneous thought*

 * ON mode muhasabah diri*

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. 

tunduk kepada lap air mata.sobs.

hmm.rasa macam dah banyak merepek dah ni. maaflah ye. cuma sangat kuat perasaan untuk kongsi apa yang saya rasa sekarang. yang penting, anda semua buanglah yang keruh, ambik yang jernih okie ? pokoknya kat sini, untuk pertama kali sepanjang bday dalam hidup saya, saya rasa bermanfaat untuk orang lain. dan itu adalah harapan saya.  bermanfaat kepada orang lain though mungkin benda tu  kelihatan sepele (baca:kecik/remeh) .wah. kembangkempis hati ni macam dalam hati ada taman. ehh.bukanbukan. dalam hati ada iman :)

okayla.baik saya stop sebelum saya merepek bukanbukan lagi. saya doakan anda semua pon dapat buat yang terbaik dalam hidup anda tak kisahla time bday or bila-bila pon. ameen.
assalamualaikum.


eh.japjap.sebelum tu....hehe; saya dapat bunga tahu. one frm sarah and the other frm ummi. dapat jam loceng jugak.dah lama saya mengidam tahu! alhamdulillah :)









byebye ^^



p/s: rasa macam tak nyambung ja post ni.hmm.kena berusaha keras lagi lepas ni.









Friday, September 28, 2012

assalamualaikum :)

weekend datang lagi.......cepat sungguh masa berjalan. em. flashbacking minggu lepas punya program, sekarang ni rasanya macam tengah kecoh pasal MSK (majlis suai kenal) dengan junior2 .cewahhh.sekarang dah jadik senior.hmm..senior la sangat kan. jadi masa MSK tu saya kat bawah biro modul. kerja saya taklah banyak dan berat sangat pon kalau nak dibandingkan dengan yang lain2, tapi bahang2 kebzan tu ada la jugak.hehe.

so here are some of the moments that i'd captured.


nilah attribute dowg. menarik kan ? attribute ni dibuat dari barang2 recycle dan dowg kena pakai sepanjang MSK tu berlangsung.

rasanya ni time main game evolution something. semua org nampak kecoh kan.

ha...yang berbaju hitam dan nmpk mcm crius berbincang tu biro protokol. scary tahu!

err..

 senior-junior

tekunnya dowg discuss...

yang ni comel kan ?

suka gamba ni :)

tadaaaa..... hehe. sibuk snap gamba org jadi nilah saya pada hari tersebut ^^
btw, comel tak nametag tu? *winkwink*
 



tahun ni badge ktwg banyak handle program which means banyak benda yang bakal ktwg belajar dan improvekan. sama macam MSK nih. mungkin ada certain part yang memang out of control tapi selagi mana kita mampu elakkan atau kawal,cubalah. tak berjaya bukan bererti kalah. hardwork is the one been counted. sama macam semua benda yang kita buat sehari-hari. redha Dia yang kita cari, kan?

pengalaman memang mematangkan kita ; dengan syarat kita sedar dan fikir apa yang dah jadi tu. dan dari situ kita belajar improvekan diri. insyaAllah.

till then.
rasa macam bakal menaip lagi kejap lagi.hehe.
assalamualaikum.

p/s : baru mendapat satu berita or shall i say satu tanggungjawab ? Ya Rabb, saya takut.saya keliru. doakan yang terbaik buat saya;dunia dan akhirat.awak semua jugak :)

 

Saturday, September 22, 2012

random


assalamualaikum.

em.apa khabar semua? :)

sekarang ni saya agak bz especially hari ni. kejap lagi ada lecture, pastu tutorial, pastu jumpa dr. tesis, then supposely turn masak hari ni (tapi da mintak abel gantikan.hee) pastu masa berbulatan gumbira dan yang paling pasti is siapkan kerja ntok MSK hujung minggu ni. pretty excited with that (MSK thingy), i love my job ya noe.hehe.tak tahulah hasilnya mcm mana but hopefully everyone will love it.

so dunya,right? *lap peluh*

ha..kat sinilah kita kena implementkan 'kaca mata' Islam kita. Islam bukanlah hanya pada waktu kita solat, waktu kita menjejakkan kaki ke masjid, waktu kita bersedekah, waktu kita dengar lagu nasyid...err.apekah?hoho....ISLAM is beyond that right.

sama macam jihad.

jihad bukanlah hanya berpusat kepada  perang atau yang bersamaan dengannya. hmm.jom kita cek harta karun kita :)

'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar'
(3:142)

pastu jom tengok notakaki kat bawah tu..........,

jihad dapat bererti ; berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang Islam, memerangi hawa nafsu, mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam , membanteras kejahatan dan menegakkan kebenaran.

hmm.bayangkan kalau jihad yang difahami hanyalah perang semata. mungkin MAS or airsia boleh tutup kedai kot sebab tiket ntok ke palestin, syria semua sold out kan. ?

jadi bergembiralah.OR...should i say beware..?sebab jihad itu datang dengan pelbagai bentuk dan cara. mungkin sekarang kita belum memasuki fasa jihad yang memerlukan kita untuk berperang bagi menegakkan dan melindungi Islam itu sendiri tapi hakikatnya jihad melawan nafsu (mujahadah) tu paling tidak mesti  kita kena, wajib dan dah lalui kan?


mujahadah memerlukan pengorbanan yang sangat besar dari diri kita. Dan time framenya bukanlah sekadar sehari atau seminggu dua, tapi sehingga nafas terakhir kita. Juga, mujahadah datang bersama istiqamah. 


dalam kehidupan seharian kita, mungkin masih tersisa saki-baki 'berhala' atau jahiliyah yang sampai sekarang masih menghantui dan mengaburi hidup kita. dan di sinilah sepatutnya episod mujahadah itu bermula. bukan senang nak buang benda-benda yang 'best' tu dari hidup kita, tambah2 kalau memang dah jadi 'darah daging' kan. tapi kalau kita tak cuba, sampai bila pon kita takkan dapat   hasilnya. kan?





'Neraka itu dipagari dengan kesenangan-kesenangan dan syurga itu dipagari dengan hal-hal yang tidak menyenangkan (nafsu)'
(HR Bukhari -Muslim)


em.peringatan ni saya dedicate special untuk diri sendiri dan anda semua.





p/s: ini entry yang sudah berjanggut jadi maaflah.
luruskan niat, mari bermujahadah :)

assalamualaikum.